1. Sedang negara kita terus menerus berdiam diri. Amerika telah berjaya mendapat USD1.7 billion daripada penyelewengan 1MDB. Mengapa kita perlu mengambil tahu mengenai isu ini?
2. Baru-baru ini US AG Jeff Sessions berucap di Global Forum on Asset Recovery di Washington DC. Antara pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh beliau, separuh daripada rampasan rasuah US dari 1MDB berjumlah penuh USD 3.5 billion.
3. Kedua-dua AG dibawah Obama dan Trump telah melabel Malaysia sebagai negara Pimpinan Rasuah dan kleptokrasi yang paling teruk.
4. Apa yang menakjubkan di sini, adalah AG di bawah Donald Trump yang sebelum ini didakwa Datuk Seri Najib 1MDB kononnya bukan lagi isu buat beliau setelah beliau bertemu dengan Presiden Amerika pada September lalu.
5. Wahai rakyat Malaysia, Kita telah dirompak USD1.7 billion. Duit yang boleh digunakan untuk membangunkan negara,orang miskin dan mungkin juga untuk merealisasikan Wawasan 2020.
6. Wahai Anak Muda, kita harus melihat isu ini sebagai satu isu yang serius. Duit ini sepatutnya boleh digunakan untuk pelaburan negara dan kita harus melihat hasilnya pada masa hadapan kelak.
7. Dengan USD1.7 billion atau RM6.9 billion ini kita boleh biayai hampir 138,000 pelajar di IPTA tempatan atau 23,000 pelajar untuk belajar di luar negara.
8. Duit ini juga boleh digunakan untuk menampung pemotongan bajet oleh Najib ke atas IPTA/ Hospital-hospital. Imagine all those students and poor patients life yang dapat kita manfaatkan.
9. I’ll be fair, Najib mungkin berjaya menaikkan GDP kita buat masa sekarang tetapi imagine how high we could go dengan investment dari duit yang ditelan kroni-kroni Najib.
10. Bayangkan wang yang mungkin menghantar pelajar seperti anda dan saya ke program universiti luar negara, disarungkan ke jari Miranda Kerr semata-mata kerana kegatalan Jho Low.
11. Duit kita digunakan untuk kemewahan mereka sahaja. Bukan anak muda yang saban hari membanting tulang untuk membayar yuran pengajian mereka sahaja, sukar mencari biasiswa dan susah menjalankan program di univesiti disebabkan pemotongan bajet.
12. Apa yang kita perlu faham adalah ini hanyalah beberapa penemuan di America dan abaikan lambakan kes-kes di Switzerland, Singapore dan Luxembourg.
13. Semakan ke atas Guideline Transparency International on how to stop Corruption is for key reform to happen. Kita lihat Kerajaan Najib walaupun berlaku skandal 1MDB tetapi masih lagi berdiam diri.
14. Entah berapa banyak lagi yang ditelan kroni-kroni Najib, Najib sendiri cakap Amerika dan dia berkawan baik, kini kawan baik dia sendiri cakap dia kaki kleptokrasi.
Wahai anak muda, don’t risk our future, go for a clean Malaysia. Speak up!